Monday, March 11, 2013

MAKLUMAT AM PEPERIKSAAN SPM 2013

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2013

MAKLUMAT AM
1. TARIKH PEPERIKSAAN : 6 NOVEMBER HINGGA 5 DISEMBER 2013
2. SYARAT KELAYAKAN CALON

Calon Sekolah

(a) Murid tingkatan lima (5) Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan

(b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

(a) Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau

(b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau

(c) Telah mencapai umur 17 tahun pada 1Januari tahun peperiksaan SPM.

(d) Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

3. BORANG PENDAFTARAN

Calon Sekolah
Borang Pendaftaran boleh didapati di sekolah tempat calon mendaftar.

Calon Persendirian
Borang Pendaftaran boleh didapati di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon akan mengambil peperiksaan.

4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
Calon Sekolah dan Calon Persendirian
Pendaftaran bagi calon sekolah dan calon persendirian bermula daripada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.

5. YURAN
(a) Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan.
(b) Calon sekolah swasta dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat melalui sekolah dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
(c) Calon persendirian dikenakan bayaran yuran peperiksaan bagi tahun peperiksaan. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran tunai atau cek persendirian tidak diterima.
(d) Bayaran yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.

6. PERTANYAAN
Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM 2013 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.

Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tuesday, December 18, 2012

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2013/ 2014

Tarikh penting Permohonan Kemasukan UPU bagi sesi 2013/ 2014. Berikut adalah jadual bagi cara kemasukan ke IPTA khas untuk semua calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan setaraf dengannya. Untuk pengetahuan calon, tarikh permohonan UPU 2013 dibuka adalah pada 6 Januari 2013. Sehubungan itu, pelajar boleh mendapatkan nombor unik ID bermula pada tarikh tersebut di Bank Simpanan Nasional.
Dibawah ini kami turut kongsikan kalendar penting yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi (MOHE) untuk rujukan khas pemohonan. Untuk membuat permohonan, sila layari http://upu.mohe.gov.my
ScreenShot001 ScreenShot002 ScreenShot003 ScreenShot004 ScreenShot005 ScreenShot006

Wednesday, August 1, 2012

SALINAN KEPUTUSAN


PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN


1. Sijil dan Pernyataan Keputusan peperiksaan awam hanya dikeluarkan sekali sahaja.
2. Lembaga Peperiksaan boleh mengeluarkan salinan keputusan sekiranya sijil / Pernyataan Keputusan asal   hilang atau rosak.
3. Permohonan boleh dibuat dengan cara datang sendiri ke ibupejabat Lembaga Peperiksaan atau melalui pos.
4. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
5. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit : Sepuluh sahaja) yang boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.
6. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.
7. Pemohon digalakkan melampirkan salinan sijil atau Pernyataan Keputusan sekiranya ada.

MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN

1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
(i) Isnin hingga Khamis : 8.30 pg – 4.30 ptg
(ii) Jumaat : 8.30 pg – 12.00 tengahari
2.45 ptg – 4.30 ptg
3. Salinan sijil SPM tahun 1994 dan selepas manakala PMR tahun 1998 dan selepas akan dikeluarkan dalam masa 1 jam bagi permohonan di kaunter LP.
4. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.
5. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Permohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
6. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526/3528

MUAT TURUN BORANG

Thursday, May 17, 2012

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada semua pelajar.....
Kejayaan menanti jika kita berusaha dan terus berusaha tanpa jemu.


Wednesday, April 18, 2012

INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PERATURAN PENTADBIRAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 
( PBS )SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH 2012

1. Pemantau Dalaman mendapatkan Instrumen Pemantauan daripada laman sesawang
    Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lp.
2. Pemantau akan memuat turun instrumen tersebut dan membuat soft copy dan hard copy.
3. Pemantau menentukan masa tarikh dan masa pemantauan.
4. Mentadbir Instrumen Penjaminan Kualiti
    4.1 Pemantau hendaklah mengisi:
             4.1.1 maklumat sekolah;
            4.1.2 maklumat guru dan murid; serta
            4.1.3 maklumat pemantau ( yang berkenaan )

     4.2 Pemantau mengisi Bahagian A ( Bahagian 1 hingga 4 ) dan Bahagian B ( 1 hingga 11 )
            4.2.1 Pemantau menanda tanda ‘1’ pada petak wajaran yang berkenaan. Selain
                     daripada ANGKA ‘1’ TIDAK DIBENARKAN.
                    ( Peringatan : Jika angka lain dimasukkan,kesilapan skor akan berlaku )
           4.2.2 Jumlah Purata Skor akan didapati secara autamatik, apabila petak wajaran
                   diisikan dengan angka 1 sahaja.
     4.3 Mentadbir Bahagian Rumusan Pencerapan
           4.3.1 Semua purata skor yang telah dibuat akan terdapat di bahagian skor.
           4.3.2 Pemantau diminta mengisi cadangan penambahbaikan bagi setiap aspek
                    jika perlu.
    4.4 Mentadbir Bahagian Deskriptif Purata Skor
           4.4.1 Deskriptif purata skor telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
                    Ini berdasarkan purata skor yang telah diperoleh
    4.5 Mentadbir Bahagian Pegawai Pemantau
          4.5.1 Pegawai Pemantau diminta membuat catatan berdasarkan hasil Pemantauan
                   seperti dapatan, penambahbaikan, dan saranan kepada pihak sekolah.

5. Instrumen Penjaminan Kualiti (Pemantauan) yang telah diisi beserta laporan yang telah disiapkan
    oleh pihak sekolah,hendaklah :
           i. Salinan pertama disimpan di dalam fail induk JK PBS sekolah.
          ii. Soft copy diemailkan ke Sektor Penilaian Peperiksaan ( SPP ) Negeri.

Muat turun 
INSTRUMEN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Saturday, March 24, 2012

PERMOHONAN SIJIL LCCI

PERATURAN PENTADBIRAN PERMOHONAN SIJIL LCCI

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM.Kelayakan calon adalah berdasarkan kod berikut:


2. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

3.Permohonan Sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 book-keeping and accounts certificate Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau laman web http://www.lcciasia.com/ . Permohonan dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications atau dimohon terus kepada Jabatan LCCI di alamat :

LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn.Bhd. Suite 11.01, 11th floor Menara Yayasan Selangor 18A Psrn Barat 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

4. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan sijil LCCI dan satu(1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah / Pegawai kerajaan KumpulanA

5. Kadar bayaran bagi permohonan sijil adalah RM25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN.BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
6. Borang Permohonan boleh diperolehi dari sekolah ( Unit Bimbingan dan kaunseling).

PeraturanPentadbiranSijilLCCI.pdf



PANDUAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA/KES T

Makluman kepada calon SPM 2011, yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi, anda boleh membuat rayuan penyemakan semula kepada LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA dengan  mengisi borang permohonan semak semula.


Download borang, sila klik alamat di bawah
BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA/KES T

Wednesday, February 22, 2012

DATA 6040 SAINS - PPD KUANTAN

Kepada : Ketua Bidang Sains  Sekolah Menengah Daerah Kuantan
.
Mohon kerjasama kepada Ketua Bidang Sains untuk dilengkapkan dan diemailkan semula kepada En. Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin ( suhaidi_ppd@yahoo.com) sebelum 3 April 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0139354498.

Kerjasama pihak tuan didahului ribuan terima kasih.

Muat Turun Bahan di sini

Sekian.
Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin.
Pegawai Sains dan Matematik PPD Kuantan


Thursday, February 16, 2012

SAPS

Kegunaan Semua Guru

Sila klik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di sini

SAPS

PENDAFTARAN SPM 2012


Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian akan bermula pada 1 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012.
Sila klik di sini

Soalan KRSV 2611/3 Tahun 2012

Kepada calon-calon SPM anda boleh muat turun soalan Kajian Rekaan Seni Visual Kertas 3 Tahun 2012 dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti yang tertera di bawah:-
Muat Turun Soalan Kajian Rekaan Seni Visual Kertas 3 Tahun 2012
Muat Turun Soalan Seni Halus Kertas 3 Tahun 2012 

Idea untuk soalan 1


Tuesday, February 14, 2012

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga.  Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.
Guru-guru Kelas perlu melaksanakan pengemaskinian data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa kemaskini.


Pengemaskinian Profil Murid pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian. Semua data murid perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 22 Februari 2012.


NEW !!!


PERHATIAN KEPADA ADMIN(PK/GK HEM)  DAN GURU KELAS

Pihak Admin Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM telah menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan olehAplikasi SAPS serta SPPBS yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012.

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (26 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012
kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukann selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.
Maaf di atas segala kesulitan. Di harap pentadbir sekolah dan guru kelas dapat melaksanakan pengemaskinian data ini pada tarikh yang ditetapkan. 
Sekian, terima kasih

Unit Pengurusan Maklumat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Sila klik aplikasi di bawah :
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID