Thursday, December 22, 2011

PMR 2011...TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...

Salam..1 Malaysia
Keputusan PMR tahun 2011 telah diumumkan di seluruh negara. Keputusan PMR di SMK Seri Mahkota Pencapaian 
keseluruhan PMRKuantan telah diumumkan oleh Tuan Pengetua Cemerlang Pn. Zainab binti Wazir di Dewan sekolah tepat jam 10.30 pagi. Majlis pengumuman keputusan ini turut disertai oleh YDP PIBG, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar PMR.
Secara keseluruhannya, keputusan PMR tahun 2011 meningkat dari segi bilangan pelajar yang mendapat straight 'A's dan peratus kelulusan serta dari segi peningkatan GPS. Sebanyak 8 orang pelajar mendapat 8A berbanding 6 orang pada tahun 2010. Pelajar yang mendapat 7A adalah sebanyak 13 orang. Peningkatan GPS sebanyak 0.01 berbanding tahun 2010. Buat pertama kalinya, peratus kelulusan PMR mencecah angka 70%. Pada tahun 2011, peratus kelulusan PMR telah mencecah 70.81%, peningkatan sebanyak 6.43% berbanding tahun 2010.
Kedudukan SMK Seri Mahkota dalam daerah Kuantan turut lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dari segi pencapaian kecemerlangan 7A-9A dan dari segi peratus kelulusan, SMK Seri Mahkota antara 18 sekolah terbaik di daerah Kuantan. Pencapaian ini menunjukkan sekolah berada di lantasan yang tepat dalam merealisasikan visi sekolah iaitu " SMK Seri Mahkota Antara 10 Sekolah Terbaik Daerah Kuantan Menjelang Tahun 2015". Syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Seri Mahkota.
Pelajar 
Cemerlang PMR
Pelajar-pelajar cemerlang PMR sesi 2011



Sesungguhnya, perjalanan masih jauh...jangan mudah berpuas hati..lalai...dan leka....saat manis yg serupa, 2 tahun lagi akan berulang semula (SPM) jika terus konsisten...dan yang pastinya kegembiraan ini turut akan dikongsikan bersama...                                                    

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih pada guru-guru, pelajar-pelajar, PIBG dan anggota komuniti yang sentiasa prihatin dalam perkembangan dan kemajuan SMK Seri Mahkota.

Lihat di sini ;
1. Senarai nama pelajar cemerlang PMR 2011 
2. Analisis Perbandingan mata pelajaran PMR 2011

No comments:

Post a Comment